Kurangkan Ketawa, Banyakkan Menangis

🌴🐪🐪🐪🌴🐪🐪🌴
      RENUNGAN PAGI
  Assalaamualaikum...

      Sudah pasti ada sebabnya mengapa Rasulullah s.a.w berpesan agar kita mengurangkan ketawa sebaliknya banyak menangis. Dalam hidup seharian, kita sendiri lebih banyak ketawa jika dibandingkan dengan menangis. Didalam masa sebulan berapa banyak kalikah kita menangis ?

Ketawa sering dikaitkan dengan perkara yang menggembirakan manakala menangis pula berkait dengan kesedihan.

 Baginda pernah bersabda dan katanya. " Ingat lah... demi Allah yang jiwaku ditanganNYA, andaikan kamu mengentahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis."

 Antara beberapa sebab mengapa kita digalakkan menangis di antaranya ;

▶ Memikirkan dosa dosa yang telah dilakukan dan tidak diketahui sama ada dosa itu akan dimaafkan atau tidak.

▶ Mereka telah melakukan amal kebaikan tetapi tidak tahu apakah amal kebaikan itu diterima atau tidak.

▶ Mereka telah mengentahui apa telah dilakukan sebelum ini tetapi tidak tahu apa akan berlaku selepas itu.

▶  Mereka telah tahu Allah s.w.t telah menyediakan syurga tetapi tidak pasti apakah boleh masuk atau tidak.

▶ Mereka tidak tahu apakah Allah s.w.t redha apa yang dilakukan atau murka kepadanya.
 
  Oleh itu, sama samalah kita muhasabah diri. Adakah kita tergolong dalam kalangan orang yang banyak ketawa atau menangis ? Adakah amal ibadat kita sudah cukup banyak dan telah pastikan bahawa tempat kembali kelak ialah syurga sehingga kita terus terusan bergembira dan bergelak ketawa.

🌻  Waallahu'aklam 🌻

Post a Comment

0 Comments