Wednesday, December 21, 2016

Pengkaji Agama Muda Dari Uruguay Memeluk Islam


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Alhamdulillah.. Seorang pengkaji agama muda dari Uruguay telah mengucapkan dua kalimah shahadah sebelum Asar tadi. Niat asalnya ke MRM adalah untuk bersoaljawab tentang agama Islam.

Christian Omar Colman Berasal dari Uruguay telah mengembara Amerika Selatan dan benua Asia selama 10 bulan dalam mengkaji agama. Malahan beliau pernah tidur dan belajar di dalam tokong Buddha di Myanmar untuk mendalami agama Buddha dari sami-sami. Beliau tiada pegangan agama sejak kecil kerana ibubapanya juga tiada agama walaupun secara rasminya majoriti rakyat di Uruguay dikatakan adalah Kristian.

Namun Christian Omar Colman percaya kepada kewujudan satu kuasa luar biasa yang mencipta dan mentadbir alam ini. Menurutnya kajian tentang agama Kristian terutamanya konsep ketuhanan tidak menyakinkan beliau. Begitu juga agama lain yang dilihatnya menyembah berhala yang diciptakan manusia. Nalurinya memberitahu beliau bahawa Tuhan itu tunggal, tiada permulaan, tiada ibubapa serta tidak dapat dilihat.

Ilmunya tentangan agama Islam cetek sehingga beliau sampai di Malaysia dua minggu lepas dan berkenalan dengan seorang usahawan muda berjiwa dakwah iaitu Kamarul dari Meru, Klang. Kamarul berkongsi dengan Christian Omar Colman tentang agama Islam dan memberikan Quran terjemahan berbahasa Sepanyol kepadanya.

Kamarul giat mengedarkan risalah dakwah kepada Belum Muslim serta berkongsi serba sedikit ilmu yang beliau miliki. Menurut Kamarul, beliau full-time dakwah part time business. Baginya, dakwah adalah kerja fulltime. Kamarul juga mengikut Facebook Multiracial Reverted Muslims - MRM dan mendapatkan nombor pembantu peribadi saya untuk mengaturkan temujanji bagi membawa Christian Omar berjumpa dengan saya.

Alhamdulillah. Hidayah milik Allah dan Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka yang ikhlas mencari dan pencarian Christian Omar Colman selama 10 bulan dari Amerika Selatan ke benua Asia dan akhirnya menemui jawapan di bumi bertuah Malaysia. Semoga Allah SWT kurniakan ganjaran setimpal kepada Kamarul di atas usahanya berdakwah dan membawa Christian Omar Colman ke MRM.



*Jikalau anda mempunyai kenalan yang ingin berbincang atau mengetahui lebih lanjut tentang Islam, boleh hubungi pejabat kami di 0341443300 atau hubungi PA saya di 018-2678268 untuk mengaturkan temujanji.

0 comments:

The Great Viral © 2008 Por *Templates para Você*